Drama
Drama (Tulisan Jawi: دراما ), (Yunani Purba δράμα ) ialah satu bentuk kesusasteraan yang mempunyai bahagian yang dilakonkan (mimesis). Ia berasal daripada perkataan bahasa Greek yang bermakna "tindakan" (Greek Klasik: δρᾶμα , drama), yang berasal daripada kata kerja "membuat" atau "melakukan" (Greek Klasik: δράω , draō).
Gambar dua topeng yang dikaitkan dengan drama mewakili pembahagian genre tradisional antara komedi dan tragedi. Ia merupakan simbol Dewi Kesenian Yunani, Thalia dan Melpomene. Thalia ialah Dewi Seni komedi (muka ketawa), manakala Melpomene ialah Dewi Seni tragedi (muka menangis).
Penggunaan kata "drama" dalam erti kata yang khusus pada hari ini merujuk pada lakonan pentas sejak abad ke-19.