DJ Sonic Hussein
Awang Suffian bin Awang Hussein memulakan karier penyampai radionya bersama RTM. Berasal dari Kapit, Sarawak Kini bertugas di Nasional FM, Sonic mengacarakan program 3 Suara bersama-sama Diyya Nawai dan Nazrie.[1]
Perjalanan Awal
suntingPenglibatan Awang Sufian bin Awang Hussein sebagai juruhebah radio bermula secara tidak sengaja. Segalanya terjadi apabila beliau menjadi penyampai sambilan di radio Sarawak FM sewaktu berkuliah di Uitm Kuching.
Memilih jurusan pemasaran sewaktu melanjutkan pengajian ke Uitm Kuching, beliau selepas itu bertugas sebagai guru sambilan mengajar Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah Kerajaan sebelum beralih angin ke bidang hebahan.
Profesi perguruan tidak sesuai dengan jiwa dan karakter Sonic, makanya keputusan menyertai pertandingan pencarian bakat DJ radio disertai dan kemudian diserap secara tetap sebagai kakitangan RTM dan membuka lembaran baru dalam hidup beliau apabila berpindah ke KL FM pada 2008.
Awalnya ditugaskan sebagai pegawai pemasaran sebelum diletakkan kembali di konti radio, Sonic memilih nama itu kerna keupayaan beliau berbicara secara pantas dan laju tanpa tersasul,gagap sewaktu berucap.
Puas berkhidmat di KL FM, beliau memohon ditugaskan kembali ke Sarawak FM untuk lebih dekat dengan keluarga di Kapit. Akan tetapi permohonan itu tidak berjaya dan Sonic diletakkan di posisi lebih atas iaitu di Nasional FM, stesen radio milik kerajaan yang bersiaran di seluruh negara.[2]
Penyampai radio
suntingUntuk kategori Penyampai Radio Popular ABPBH 35 DJ Sonic (Nasional FM) berjaya melakar kejutan dengan tembus ke pencalonan akhir.[3] Tatkala deejay radio swasta lebih mendapat publisiti meluas, Sonic Hussein yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam dunia penyiaran dan penyampaian berjaya menaikkan prestij penyampai radio dari stesen radio kerajaan.
DJ Sonic bersama program pagi segmen 3 Suara Nasional FM mendapat pujian kerana lebih menumpukan penyampaian maklumat ilmiah dan berinformasi sambil berhibur. Ini sejajar dengan kritikan pendengar radio tempatan yang muak dengan tingkah laku segelintir penyampai radio yang semberono tertawa dan membuat lawak jenaka tanpa usul periksa serta menganggap pendengar mereka tidak berfikiran kritis.
Untuk ABPBH 36, DJ Sonic sekali lagi melakar kejutan dengan terpilih ke senarai akhir 5 finalis untuk kategori Penyampai Radio Popular bersama-sama dengan Khairy Jamaluddin, Tyzo, Haiza dan Sharifah Shahira.[4]
Kisah Sedih
suntingDJ Sonic meskipun berpengalaman dalam bidang penyampaian dan pengacaraan, beliau juga tak lepas dari dipandang enteng oleh sesetengah pihak.
Pernah pada satu majlis, beliau sudah hadir ke lokasi seperti dijanjikan. Tetapi pihak penganjur memaklumkan mereka tidak jadi mendapatkan khidmat pengacara majlis dari beliau dan lambat memberitahu mengenai pembatalan itu. Sonic berasa kecewa hanya kerana populariti beliau tidak seluas seperti yang lain dan program kendaliannya tidak viral.[5]
Rujukan
sunting- ^ https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/program-3-suara-di-mana-saji-pelbagai-acara-kepada-peminat-nasionalfm. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2024/10/1143198/pengorbanan-dj-sonic-buah-hasil. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/06/1108954/abpbh-35-warga-rtm-bergabung-sokong-dj-sonic. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2024/10/09/khairy-jamaluddin-tercalon-top-5-penyampai-radio-popular-abpbh36. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/06/1117944/dj-sonic-pernah-menangis-ditolak-tak-cukup-gah. Missing or empty
|title=
(bantuan)