Kustantiniyah
Kustantiniyah atau Konstantaniah (Bahasa Turki Uthmaniyah: قسطنطینیه , Kostantiniyye, Latin: Constantinopolis , Yunani: Κωνσταντινούπολις atau singkatnya Πόλις, Polis, bahasa Inggeris: Constantinople ) merupakan nama lama bagi Istanbul. Bandar ini pernah dikuasai dan menjadi pusat pemerintahan empayar-empayar Rom dan Byzantium sebelum ditawan oleh kerajaan Empayar Uthmaniyah. Bandar ini pernah dikenali sebagai Byzantium tetapi dinamakan semula sempena Maharaja Constantinus I yang membina semula dan membangunkannya pada 330 M. Ia dinamakan semula kepada nama sekarang Istanbul pada 1930[1][2] sebagai sebahagian dari pembaharuan Atatürk untuk Turki.
Κωνσταντινούπολις atau Κωνσταντινούπολη (Yunani) Constantinopolis (Latin) | |
Nama alternatif | Byzantion, Miklagard/Miklagarth, Tsargrad, Basileuousa (Queen of Cities), Megalopolis (the Great City) |
---|---|
Lokasi | Istanbul, Wilayah Istanbul, Turki |
Wilayah | Thrake |
Koordinat | 41°00′49″N 28°57′18″E / 41.01361°N 28.95500°EKoordinat: 41°00′49″N 28°57′18″E / 41.01361°N 28.95500°E |
Jenis | Kota empayar |
Luas | 6 km2 (2.3 bt2) dipagari dalam Dinding Konstantaniah 14 km2 (5.4 bt2) dipagari dalam Dinding Theodosius |
Sejarah | |
Pembina | Maharaja Constantine Agung |
Diasaskan | 330 SM |
Zaman | Purba Akhir hingga Zaman Pertengahan Akhir |
Budaya | Rom, Byzantine |
Semasa zaman Empayar Byzantium, bandar ini mengalami kemajuan dan kemakmuran dan merupakan pusat keagamaan Kristian Ortodoks. Constantinople masih lagi merupakan pusat pentadbiran Gereja Kristian Ortodoks sehingga hari ini. Dalam pemerintahan Maharaja Justinian I, bangunan agung Hagia Sophia dibina.
Pada 1453, Sultan Muhammad al-Fatih telah menyerang dan berjaya menawan Constantinopolis/Kustantiniyah. Baginda sultan kemudiannya telah membina semula bandar ini yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Empayar Uthmaniyah dari 1453 hingga 1922.
Penamaan
suntingNama tempat ini merupakan penyerapan nama diberikan dalam bahasa Arab iaitu قسطنطنية Qusṭanṭinīyyah dari nama sebelumnya dalam Yunani: Κωνσταντινούπολις Kōnstantinoúpolis. Nama ini turut dipinjamkan kepada bahasa-bahasa berikut:[3]:224
- Parsi: قسطنطنیه, rumi: Qosṭanṭanīye
- Bahasa Turki Uthmaniyah: قسطنطينيه Ḳosṭanṭīnīye
Nama Arab ini dalam terus dipakai dalam kerasmian empayar Uthmaniyah lagi-lagi berikutan penaklukan kota tersebut pada tahun 1453.[4] Sebutan mengenai kota ini dalam persuratan berbahasa Melayu muncul pertama kali dalam sepucuk surat bertarikh 17 Safar 1321 Hijriah atau 15 Mei 1903 Masihi diutuskan Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin dari kerajaan Brunei kepada Sultan Abdul Hamid II yang memerintah kerajaan Uthmaniyah pada ketika itu dengan tujuan memohon bantuan atau pertolongan Uthmaniyah merebutkan kembali Daerah Limbang yang diambil Kerajaan Sarawak diperintah Raja Charles Brooke 13 tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1890.[5][6]:322-325
...tersembah surat ini datang mengadap ke bawah qadām[7] Yang Maha Mulia Seri Paduka Maulana al-Sulṭān al-Muʿaẓẓam Malik al-ʿArab wa-al-ʿAjam Maulānā al-Sulṭān ʿAbd al-Ḥamīd ibn Almarhum Maulānā al-Sulṭān ʿAbd al-Mājid Khān al-Ghāzī yang bersemayam di atas tahta kerajaan di dalam negeri Qustantiniyah,[8] mudah-mudahan dipeliharakan Allah dari fitnah dunia dan akhirat...
Nama ini turut diabadikan dalam Hikayat Perang Setambul yang menceritakan penglibatan bala tentera Sultan Abdul Majid I dalam Perang Krimea dengan penuh menyanjung:[9][10]:168-169, appdx. 236-237
Adalah konon akan ceteranya
Seorang raja sangat besarnya
Abd al-Murad Khan nama sultannya
Kustantiniyah konon nama negerinya.
Nama Yunani asalnya Konstantinopolis (atau bentuk Latin: Constantinopolis ) yang diberikan sempena pengasas kota tersebut, Maharaja Constantinus Agung yang memerintah Empayar Rom Timur. Ia mula digunakan secara rasmi dalam catatan zaman Theodosius II.[11]
Sejarah
suntingKota ini didirikan atas tapak sebuah kota yang sudah ada sebelumnya iaitu Byzantium merangkumi pesisiran darat dari Eropah ke Asia dan laluan antara Laut Hitam ke Laut Mediterranean dengan sebuah pelabuhan yang besar dan masyhur di Tanduk Emas; ia didirikan pada permulaan masa peluasan kuasa orang-orang Yunani Megara pada 657 SM.[12]
324–337 M: Pembinaan semula kota Constantinopolis
suntingMaharaja Constantinus I yang memerintah Empayar Rom Timur memiliki perancangan hebat dalam segala bidang. Setelah memulihkan kesatuan kerajaan, dan karena sedang melakukan reformasi besar dalam pemerintahan serta mensponsori konsolidasi masyarakat Kristian yang sangat ditindas pada zaman-zaman sebelumnya, dia sungguh-sungguh sadar akan keterbatasan Roma sebagai sebuah ibu kota. Roma terlalu jauh dari garis-garis perbatasan, dan oleh karena itu jauh pula dari angkatan bersenjata dan dewan kerajaan. Roma tidak diminati sebagai lahan bermain bagi para politisi yang berseberangan dengan pemerintah. Tetapi Roma telah menjadi ibu kota negara selama seribu tahun, dan tampak tak terpikirkan untuk memindahkan ibu kota ke tempat lain. Meskipun demikian, Constantinus melihat Bizantium sebagi lokasi yang tepat untuknya bertakhta dengan adanya ciir pertahanan yang matang, dan memiliki kemudahan akses ke sungai-sungai Danube dan Furat tempat mendapatkan bekalan makanan dari kebun ladang yang subur dan bengkel-bengkel yang canggih di Asia lalu dapat diisi di perbendaharaan diraja.
Kota baharu ini yang diberi nama Constantinopolis (nama bahasa Latin dituturkan kerajaan itu) dibangun selama enam tahun, dan diresmikan pada 11 Mei 330.[13] Constantinus membahagi kota yang diperluas itu menjadi 14 kawasan seperti Roma serta menghiasinya dengan kemudahan-kemudahan selayak sebuah metropolis kerajaan.[14] Akan tetapi, mula-mula, Roma baru Constantinus tidak memiliki semua kemuliaan Roma lama; kota ini ditadbir seorang proconsul, bukannya seorang prefaector tanpa kakitangan praetor, tribunus, ataupun quaestor. Para senatornya hanya bergelar clarus, bukan clarissimus, seperti di Roma. Constantinopolis juga tidak memiliki jajaran administratif yang mengatur bekalan sumber makanan, tenaga kerja penjaga perbandaran, patung-patung, kuil-kuil, saluran-saluran kumbahan dan air bersih, atau kemudahan umum lainnya. Program baru pembangunan diselenggarakan dengan tergesa-gesa: Tiang-tiang, pualam-pualam, daun-daun pintu, dan ubin-ubin dipindahkan secara langsung dari kuil-kuil kerajaan ke kota baru itu. Dengan cara yang sama, banyak karya seni Yunani dan Romawi segera terlihat di alun-alun dan jalan-jalan. Baginda maharaja turut mendorong pendirian bangunan-bangunan pribadi dengan cara menjanjikan kepada para pemilik bangunan hadiah lahan dari tanah negara di Asiana dan Pontica, dan pada 18 Mei 332 beliau mengumumkan bahawa bekalan makanan akan disalurkan secara percuma kepada warga kota sebagaimana halnya di Roma. Konon saat itu jumlahnya mencapai 80,000 ransum sehari, disalurkan dari 117 titik agihan di seluruh kota.[15]
Constantinus membuka alun-alun baru di pusat kota tua Bizantium, menamakannya Augustaeum. Dewan senat (atau Curia) yang baru ditempatkan di sebuah basilika di sebelah timur alun-alun. Di sebelah selatannya berdiri istana agung maharaja dengan gerbangnya yang megah, Chalke, dan aula upacaranya yang dikenal sebagai Istana Daphne. Tak jauh dari situ terdapat Hippodromos, tempat pacuan kuda yang mampu menampung 80.000 penonton, dan pemandian Zeuxippus yang terkenal. Di sisi barat Augustaeum berdiri Milion, sebuah monumen berlengkung yang bertindak sebagai pusat titik mula mengukur jarak perjalanan ke seluruh Kekaisaran Romawi Timur.
Dari Augustaeum terbentang sebuah jalan raya, Mese dipagari jajaran tiang. Karena membentang turun dari bukit pertama dan naik ke bukit kedua, jalan ini melintasi sisi kiri Praetorium atau Gedung Kehakiman. Kemudian melintasi Forum Constantinus yang berbentuk oval tempat dewan senat kedua dan sebuah tiang tinggi yang dipuncaknya tegak sebuah arca Constantinus dalam rupa Helios, bermahkota sebuah lingkaran suci dengan tujuh berkas sinar dan menghadap ke arah matahari terbit. Dari sana Mese melintasi Forum Taurus, kemudian Forum Bous, dan akhirnya naik ke bukit ketujuh (atau Xerolophus) melewati Gerbang Kencana di Tembok Constantinus. Setelah pendirian Tembok Theodosius pada abad ke-5, Mese diperpanjang sampai ke Gapura Kencana yang baru. Panjang keseluruhannya mencapai tujuh batu.[16]
Prefek Kota Constantinopolispertama yang diketahui adalah Honoratus, yang menjabat sejak 11 Desember 359 sampai 361. Maharaja Valens membangun Istana Hebdomon di tepian Propoltis dekat Gapura Kencana, kemungkinan besar untuk digunakan pada saat pemeriksaan pasukan. Semua maharaja sampai dengan Zeno dan Basiliscus dinobatkan dan diumumkan di Hebdomon. Theodosius I membangun Gereja Yohanes Pembaptis sebagai tempat penyimpanan tengkorak orang suci itu (sekarang disimpan di Istana Topkapı di Istanbul, Turki), mendirikan sebuah tugu peringatan atas dirinya di Forum Taurus, dan merombak reruntuhan kuil Aphrodite untuk dijadikan sebuah gudang kereta Prefek Pretoria; Arcadius membangun sebuah Forum baru yang dinamakan menurut namanya sendiri di Mese, dekat tembok-tembok Konstantinus.
Pengaruh Constantinopolis lambat-laun meredup. Setelah diguncang oleh Pertempuran Adrianopel pada 378, di mana maharaja Valens beserta pasukan-pasukan Romawi terbaik dihancurkan oleh kaum Visigoth hanya dalam beberapa hari saja, Constantinopolis mulai memperhatikan pertahanannya, dan Theodosius II membangun Tiga Lapis Tembok Pertahanan setinggi 18 Meter (60 Kaki) pada 413-414, yang tidak dapat ditembus sampai munculnya serbuk mesiu. Theodosius juga membangun sebuah universiti berdekatan Forum Taurus, pada 27 Februari 425.
Sekitar zaman ini, Uldin, seorang pemimpin kaum Hun, muncul di Danube dan bergerak maju ke Thrace, namun dia dikhianati oleh banyak pengikutnya, yang menyeberang ke pihak Romawi dan memukul mundur raja mereka kembali ke utara sungai itu. Karena kejadian ini, tembok-tembok baru didirikan untuk mempertahankan Konstantinopel, dan armada di Danube ditingkatkan.
Sementara itu, kaum Barbar menguasai dan memusnahkan kerajaan Rom Barat: manakala lari ke Ravenna, dan kerajaannya binasa. Setelah peristiwa ini, Konstantinopolis benar-benar menjadi kota terbesar di Kekaisaran Romawi sekaligus di dunia. Raja-raja tidak lagi beralih dari satu ibu kota ke ibu kota lainnya tetapi kini tetap bersemayam di istananya dalam kota besar itu sambil mengutus para panglima baginda memimpin bala tentera pimpinan mereka. Kemakmuran Mediterania Timur dan Asia Barat mengalir masuk ke Constantinopolis.
1453: Penawanan dan penguasaan oleh Sultan Al-Fatih
suntingSultan Muhammad al-Fatih dari pihak Uthmaniyah berjaya merampas kota ini dari pihak Byzantium dalam suatu pertempuran hebat, baginda turut mengarahkan imamnya melaungkan azan dalam gereja Hagia Sophia yang menjadi tempat tumpuan utama kerajaan Kristian ini merasmikan pembukaan kota ini kepada tentera Islam, gereja ini kemudiannya ditukarkan fungsinya menjadi sebuah masjid.[17][18]
Dari pengambilalihan ini sultan al-Fatih mula merancang pertahanan baharu kota taklukannya (kini diberi nama Qustantaniyyah / Ḳosṭanṭīnīye). Pembinaan segera dilakukan setelah tawanan-tawanan perang dibawa keluar dari kota tersebut melibatkan pembaikan bentang kota, kubu pertahanan dan suatu istana yang baharu.[19] Baginda sultan turut mengeluarkan titah membenarkan umat-umat Islam, Kristian dan Yahudi menduduki semula kota tersebut dengan bayaran zakat atau jizyah dikenakan ke atas mereka;[19] banyak yang menduduki kota ini turut termasuk tahanan perang dan orang buangan kerajaan Uthmaniyah.[20] Pada 1459, baginda sultan mengeluarkan titah izin membenarkan orang Yunani kembali ke Qustantaniyyah.[20]
Taraf hidup kota ini sepanjang zaman Uthmaniyah boleh dibandingkan agak sama dengan kota-kota lain serata benua Eropah.[21]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ BBC - Timeline: Turkey
- ^ Britannica, Istanbul
- ^ İnalcık, Halil (1997). "Istanbul". Dalam van Donzel, E.; Lewis, B.; Phellat, Charles (penyunting). Encyclopaedia of Islam. 4 (ed. ke-2). Leiden: Brill. m/s. 224–248. ISBN 9789004057456.
- ^ G. Necipoğlu. "From Byzantine Constantinople to Ottoman Kostantiniyye: Creation of a Cosmopolitan Capital and Visual Culture under Sultan Mehmed II" Ex. cat. "From Byzantion to Istanbul: 8000 Years of a Capital", June 5 – September 4, 2010, Sabanci University Sakip Sabanci Museum, Istanbul. Istanbul: Sakip Sabanci Museum, 2010 p. 262
- ^ Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos (28–29 Ogos 2017), "Dari Brunei Ke Turki: Kajian Warkah Perutusan Sultan Hashim Jalilul Aqmaddin Ke Hadapan Majlis Sultan Abdul Hamid Ii Pada Tahun 1903 Dalam Usaha Mempertahankan Kedaulatan Brunei Melalui Dasar Pan-Islamisme (Al-Jami'ah Al-Islamiyyah) Kesultanan Uthmaniyyah", Seminar Kajian Manuskrip Borneo 2017, Pusat Sejarah Brunei Bandar Seri BegawanCS1 maint: date format (link)
- ^ Ismail Hakkı Kadı; Peacock, A.C.S. (2019). "2: Royal Correspondence and Appeals for Help, 1824–1905". Ottoman-Southeast Asian Relations: Sources from the Ottoman Archives. Leiden, Belanda: Brill. m/s. 75–327. ISBN 9789004409996.
- ^ kadam, "ke bawah"
- ^ ejaan Jawi asal, pada baris keempat dalam manuskrip: قسطنطینیه
- ^ Ermy Azziaty Rozali (Disember 2016). "Manuskrip 'Hikayat Perang Setambul' dan 'Hikayat Peperangan Al-Maulana Sultan Istanbul Yang Bernama Abdul Hamid Khan': sejarah peperangan daulah Turki Uthmaniyah dan Rusia". Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies. Universiti Kebangsaan Malaysia. 43 (2): 23–50. ISSN 2180-0251.
- ^ Braginsky, Vladimir (2015). "5: Two Hundred Years after the First Embassy: Ottoman Turkey, Its Worthless Western Allies and Russian Enemies – the Worst of the Kāfirs". The Turkic-Turkish Theme in Traditional Malay Literature. Leiden, Belanda: Brill. m/s. 155–194. ISBN 978-90-04-29070-9.
- ^ Necdet Sakaoğlu (1993/94a): "İstanbul'un adları" ["The names of Istanbul"]. In: 'Dünden bugüne İstanbul ansiklopedisi', ed. Türkiye Kültür Bakanlığı, Istanbul.
- ^ Room, Adrian (2006). Placenames of the World: Origins and Meanings of the Names for 6,600 Countries, Cities, Territories, Natural Features, and Historic Sites (ed. 2nd). Jefferson, N.C.: McFarland & Company. m/s. 177. ISBN 978-0-7864-2248-7.
- ^ Koin-koin peringatan yang dikeluarkan pada era 330-an sudah menyebut kota itu Konstantinopolis (lihat, mis., Michael Grant, The climax of Rome (London 1968), hal. 133), atau "Kota Konstantinus". Menurut Reallexikon für Antike und Christentum, Jilid 164 (Stuttgart 2005), kolom 442, tidak ada bukti untuk tradisi bahwa Konstantinus secara resmi menjuluki kota ini "Roma baru" (Nova Roma). Mungkin saja sang kaisar menyebut kota ini "Roma kedua" (Yunani: Δευτέρα Ῥώμη , Deutéra Rhōmē) dengan dekret resmi, seperti yang dicatat oleh sejarawan Gereja abad ke-5 Socrates dari Konstantinopel: Lihat Nama-nama Konstantinopel.
- ^ Sebuah deskripsi terdapat dalam Notitia urbis Constantinopolitanae.
- ^ Socrates II.13, dikutip oleh J B Bury, History of the Later Roman Empire, hal. 74.
- ^ J B Bury, History of the Later Roman Empire, hal. 75. et seqq.
- ^ Mansel, Philip. Constantinople: City of the World's Desire. Penguin History Travel, ISBN 0-14-026246-6. p. 1.
- ^ Lewis, Bernard. Istanbul and the Civilization of the Ottoman Empire. 1, University of Oklahoma Press, 1963. p. 6
- ^ a b Inalcik, Halil. "The Policy of Mehmed II toward the Greek Population of Istanbul and the Byzantine Buildings of the City." Dumbarton Oaks Papers 23, (1969): 229–249. p. 236
- ^ a b Müller-Wiener, Wolfgang (1977). Bildlexikon zur Topographie Istanbuls: Byzantion, Konstantinupolis, Istanbul bis zum Beginn d. 17 Jh (dalam bahasa Jerman). Tübingen: Wasmuth. m/s. 28. ISBN 978-3-8030-1022-3.
- ^ Baten, Jörg (2016). A History of the Global Economy. From 1500 to the Present. Cambridge University Press. m/s. 212. ISBN 9781107507180.
Pautan luar
sunting- Constantinople, dari History of the Later Roman Empire, oleh J.B. Bury
- "History of Constantinople" dari New Advent Catholic Encyclopedia.
- Monuments of Byzantium – Pantokrator Monastery of Constantinople