Cepat, Lukis! ialah permainan meneka dalam talian yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Google yang di mana permainan ini mencabar pemain-pemain mereka untuk melukis gambar objek atau idea kemudian menggunakan kecerdasan buatan rangkaian saraf untuk meneka apa yang diwakili oleh lukisan itu. [1] [2] [3] Kecerdasan buatan akan belajar daripada setiap lukisan, kemudian akan meningkatkan keupayaannya untuk meneka dengan betul pada masa hadapan. [2] Permainan ini serupa dengan Pictionary kerana pemain akan diberikan masa yang terhad untuk melukis (20 saat). [1] Konsep yang ditekanya boleh menjadi mudah, seperti 'kaki', atau lebih rumit, seperti 'penghijrahan haiwan'. [3]

Cara bermain

sunting

Dalam permainan Cepat, Lukis! , terdapat enam pusingan. Semasa setiap pusingan, pemain diberi 20 saat untuk melukis gesaan rawak yang dipilih daripada pangkalan data permainan manakala kecerdasan buatan akan cuba meneka lukisan tersebut, sama seperti permainan Pictionary. Pusingan akan berakhir sama ada apabila kecerdasan buatan berjaya meneka lukisan tersebut dengan betul atau pemain kehabisan masa.[perlu rujukan]</link>[ <span title="This claim needs references to reliable sources. (October 2022)">petikan diperlukan</span> ]

Pada penghujung permainan Cepat, Lukis! , pemain diberikan lukisan mereka dan keputusan untuk setiap pusingan. Mereka juga boleh melihat perbandingan hasil kerja kecerdasan buatan dengan lukisan lain yang diberikan oleh pemain, sebelum mereka berhenti atau memainkan semula permainan itu.

Aplikasi Data

sunting
  • Set data Cepat, Lukis! telah digunakan untuk melatih sebahagian daripada aplikasi Spoken, yang menampilkan kanvas yang boleh mengecam lukisan dan menukarkannya kepada pertuturan yang disintesis sebagai bantuan komunikasi .
  1. ^ a b Burgess, Matt (16 November 2016). "You can now play a Pictionary-style game called Quick Draw against Google's AI". Wired UK. Wired.co.uk. Dicapai pada 16 November 2016.
  2. ^ a b Lu, Wendy (24 November 2016). "How Does Google "Quick, Draw!" Work? This Game Makes Learning About Artificial Intelligence Fun". Bustle.com. Dicapai pada 24 November 2016.
  3. ^ a b Capewell, Jillian (21 November 2016). "Let A Computer Guess What You're Drawing In This High-Tech Pictionary Game". HuffingtonPost.com: Huffington Post. Dicapai pada 21 November 2016.