Api

peristiwa pengoksidaan pesat sesuatu bahan

Api (Jawi: اڤي) ialah proses oksidasi pantas dengan menghasilkan cahaya, haba, asap dan pelbagai hasil tindak balas kimia seperti karbon dioksida dan air.[1] Api lazimnya diklasifikasikan sebagai pembakaran minyak atau bahan api dalam keadaan terbakar (misalnya unggun, pendiangan atau dapur) atau satu pembakaran ganas, pemusnah dan tidak terkawal (seperti dalam bangunan atau api liar). Penemuan bagaimana membuat api dianggap salah satu kemajuan peradaban manusia yang penting membenarkan hominid yang lebih tinggi perkembangannya mengusir binatang liar, memasak makanan dan mengawal sumber cahaya serta memanaskan badan sendiri.

Sebuah kebakaran hutan
Menyalakan api.

Perkataan "api" diturunkan daripada akar Proto-Austronesia *Sapuy,[2]yang mencerminkan kepentingannya dalam budaya dan kehidupan masyarakat Nusantara sejak dahulu. Api juga menjadi simbol kuasa, kemajuan, dan kehancuran dalam banyak tamadun di seluruh dunia.

Nyalaan api

sunting

Nyalaan api ialah bahagian kelihatan pada api yang terbentuk daripada gas panas yang membebaskan tenaga dalam bentuk cahaya dan haba. Nyalaan terbentuk apabila bahan bakar bertindak balas dengan oksigen melalui proses pembakaran. Warna, suhu, dan sifat nyalaan bergantung pada jenis bahan bakar, suhu, dan kehadiran bahan kimia tertentu.

Warna Nyalaan

sunting

Warna nyalaan api menunjukkan suhu dan jenis bahan kimia yang terlibat:

  • Biru: Suhu tinggi, biasanya menunjukkan pembakaran lengkap (contohnya, gas dapur).
  • Kuning atau Oren: Suhu sederhana, mungkin berlaku pembakaran tidak lengkap.
  • Merah atau Merah Jambu: Suhu rendah, sering berlaku pada api kayu.
  • Hijau atau Ungu: Kehadiran bahan kimia seperti tembaga atau kalium.

Suhu lazim api dan nyalaan

sunting
  • Lidah api Oksihidrogen: 2000°C (atau lebih) (3645°F)
  • Lidah api Penunu Bunsen: (ubahan terendah hingga tertinggi) 1300 hingga 1600°C (2372 hingga 2912°F)
  • Lidah api Penunu bagas: 1800°C (2370°F)
  • Lidah api lilin: 760°C (1400°F)
  • Rokok yang membara:[Penjelasan diperlukan]
    • Suhu semasa tidak disedut: di bahagian bernyala; 400°C (750°F); di tengah-tengah bahagian bernyala: 585°C (1110°F)
    • Suhu semasa disedut: di tengah-tengah bahagian bernyala: 700°C (1290°F)
    • Selalu lebih panas di tengah.

Mengawal api

sunting
 
Ahli bomba memadam kebakaran
 
Pertunjukan nafas api

Kebolehan mengawal api merupakan satu faktor utama perubahan tabiat manusia awal.

Api sebagai sumber kuasa

sunting

Pembakaran bahan bakar akan menghasilkan tenaga yang boleh digunakan sebagai sumber kuasa.

Perlindungan dan Pencegahan Kebakaran

sunting

Langkah-langkah perlindungan kebakaran penting untuk mengurangkan risiko bahaya, termasuk:

  1. Pencegahan Awal: Simpan bahan mudah terbakar dengan selamat, pasang pengesan asap, dan patuhi undang-undang keselamatan kebakaran.
  2. Keselamatan di Rumah/Tempat Kerja: Selenggara peralatan elektrik, latih penghuni tentang langkah kecemasan.
  3. Kawalan Api: Sediakan alat pemadam api dan elak penggunaan api terbuka di kawasan berisiko.
  4. Perancangan Kecemasan: Wujudkan pelan pemindahan dan adakan latihan kebakaran berkala.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Petikan

sunting
  1. ^ Glossary of Wildland Fire Terminology (PDF), National Wildfire Coordinating Group, November 2008, dicapai pada 2008-12-18
  2. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*Sapuy: fire". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 8 Julai 2022.

Rujukan umum

sunting

Pautan luar

sunting
Diarkibkan 2010-03-19 di Wayback Machine