Hertz

Semakan 762940 pada 08:31, 14 Februari 2009 oleh Synthebot (bincang | sumb.) (bot menambah: el:Χερτζ)

Hertz (simbol: Hz) merupakan unit SI bagi kuantiti frekuensi dalam bidang fizik. 1 Hz adalah sama dengan 1 s-1, iaitu jumlah peristiwa berulang dalam sesaat.

Kekerapan peristiwa yang bukan berulang (aperiodic) tidak boleh diukur dalam hertz. Contohnya, keaktifan bahan radioaktif diukur dalam becquerel, yang juga sama dengan s-1.

Unit hertz dinamakan bersempena Heinrich Rudolf Hertz, seorang ahli fizik Jerman yang memberi sumbangan penting dalam keelektromagnetan.