NEGERIfm ialah sebuah stesen radio milik kerajaan Malaysia, di bawah pengurusan Radio Televisyen Malaysia. Siaran NEGERIfm dipancarkan ke seluruh Negeri Sembilan, kawasan Ledang, Johor dan kawasan yang bersempadan dengan negeri ini. Beroperasi sejak tahun 1990, kini ia beroperasi Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Negeri FM
Nogori FM
BandarSeremban
Kawasan penyiaranNegeri Sembilan
SloganIngat Sampai Bila-Bila
Tarikh siaran pertama1990
BahasaMelayu
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Siaran webrtmklik.rtm.gov.my/channel/radio/NEGERIFM
Tapak webnegerifm.rtm.gov.my

Sejarah

Mula beroperasi pada tahun 1990 di Jalan Raja Ali, Seremban, hasil idea mantan Menteri Penerangan, Datuk Seri Mohammad Rahmat. Lokasi kini terletak di Jalan Sungai Gadut sejak 2007. Pada 2008, ia dengan rasminya dinamakan Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad yang disempurnakan oleh DYMM Tuanku Yang Di Pertuan Besar pada ketika itu, Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Tuanku Abdul Rahman.Nama Tuanku Muhammad diambil bersempena dengan nama nenda Almarhum Tuanku Ja’afar Dikenali sebagai NEGERIfm sejak tahun 2005. Sebelum ini ia diberi nama Radio 3 Seremban (1990) dan Radio Malaysia Negeri Sembilan (1998).Bersiaran langsung setiap hari selama 18 jam sehari dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad dilengkapi dengan kemudahan siaran digital dan Auditorium Tengku Puan Cik (sempena nama nenda Almarhum Tuanku Ja’afar) yang boleh memuatkan seramai 1,000 orang penonton.Siaran radio NEGERIfm boleh diikuti menerusi gelombang-gelombang 92.6 di Seremban, 95.7 dari Bukit Tampin dan 107.7 dari Gunung Ledang, serta meliputi beberapa kawasan di Kuala Lumpur, utara Johor termasuk Muar dan Tangkak dan Segamat Utara sebahagian Pahang dan beberapa kawasan di Melaka seperti Pulau Sebang, Alor Gajah, Lubuk Cina, Masjid Tanah, Nyalas kawasan-kawasan lain di Melaka penerimaannya agak kurang memuaskan. Waris NEGERIfm iaitu merupakan satu saluran interaktif berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) yang disediakan untuk mendekatkan hubungan NEGERIfm dengan para pendengar. Siaran stesen ini juga boleh didengari menerusi laman web www.negeri.fm

Frekuensi

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar
92.6 MHz Seremban, Kuala Pilah, Pedas, Linggi, Rembau, Johol, Dangi, Jempol, Jelebu, Port Dickson, Kuala Lumpur, Putrajaya, sebahagian Pahang Barat (Bera, Temerloh, Chenor, Karak, Mentakab dan Mengkarak) dan Selangor (Hulu Langat, Petaling Jaya, Klang, Shah Alam, Sungai Buloh, Kuala Langat, Sepang) serta sebahagian kecil Perak Selatan (Tanjung Malim) Gunung Telapak Buruk
95.7 MHz Tampin, Negeri Sembilan Bukit Tampin
107.7 MHz Melaka, Johor Utara, Sungai Lui Jempol, Simpang Pertang, Gemencheh, Gemas, Batang Melaka, Tampin, dan bahagian barat daya Pahang (Kemayan, Teriang, Jerantut, Bandar Tun Abdul Razak, Keratong dan Bandar Muadzam Shah) Gunung Ledang