Hertz

Semakan 2318326 pada 02:44, 17 Ogos 2012 oleh EmausBot (bincang | sumb.) (r2.7.3) (bot mengubah: lb:Hertz (Eenheet))

Hertz (simbol: Hz) merupakan unit SI bagi kuantiti frekuensi dalam bidang fizik. 1 Hz adalah sama dengan 1 s-1, iaitu jumlah peristiwa berulang dalam sesaat.

Kekerapan peristiwa yang bukan berulang (aperiodic) tidak boleh diukur dalam hertz. Contohnya, keaktifan bahan radioaktif diukur dalam becquerel, yang juga sama dengan s-1.

Unit hertz dinamakan bersempena Heinrich Rudolf Hertz, seorang ahli fizik Jerman yang memberi sumbangan penting dalam keelektromagnetan.