Hertz

Semakan 1158023 pada 22:42, 12 Jun 2010 oleh SieBot (bincang | sumb.) (bot menambah: pnb:ہرٹز)

Hertz (simbol: Hz) merupakan unit SI bagi kuantiti frekuensi dalam bidang fizik. 1 Hz adalah sama dengan 1 s-1, iaitu jumlah peristiwa berulang dalam sesaat.

Kekerapan peristiwa yang bukan berulang (aperiodic) tidak boleh diukur dalam hertz. Contohnya, keaktifan bahan radioaktif diukur dalam becquerel, yang juga sama dengan s-1.

Unit hertz dinamakan bersempena Heinrich Rudolf Hertz, seorang ahli fizik Jerman yang memberi sumbangan penting dalam keelektromagnetan.