Tentera Laut Libya

Semakan 6411011 pada 08:38, 25 Disember 2024 oleh Zamwan (bincang | sumb.)

Tentera Laut Libya (قوات البحرية الليبية) merupakan cabang peperangan laut bagi Angkatan Tentera Libya. Ia ditubuhkan pada November 1962. Ia diketuai oleh Laksamana Mansour Bader, Ketua Staf bagi Tentera Laut Libya. Sebelum Perang Saudara Libya Pertama, Tentera Laut Libya merupakan sebuah pasukan yang tipikal agak kecil dengan pemilikan sejumlah kapal frigat, korvet dan bot peronda untuk mempertahankan garis pantainya, dengan keupayaan mempertahankan diri yang agak terhad.

Tentera Laut Libya
القوات البحرية الليبية
Mohor Tentera Laut Libya
AktifNovember 1962 – kini
Negara Libya
KesetiaanKerajaan Perpaduan Kebangsaan (pro-GNU)
Dewan Perwakilan (pro-HoR)
Formerly
Government of National Accord
CawanganAngkatan Tentera Libya
JenisTentera laut
Saiz15,000 anggota
Ibu pejabatTripoli (Tentera Darat Libya)
Tobruk (Tentera Darat Kebangsaan Libya)
Kelengkapan1 frigat
1 korvet
1 bot peluru berpandu
2 penyapu ranjau
2 lancang pendaratan
PertempuranAksi di Teluk Sidra (1986)
Perang Saudara Libya 2011
Pertempuran Zawiya Kedua
Perang Saudara Libya Kedua
Pertempuran Sirte (2016)
Kempen Libya Barat 2019-2020
Komander
Panglima TertinggiMohamed al-Menfi
Ketua Staf Tentera LautAbdul Hakim Abu Hawliyeh (pro-GNU)(formerly pro-GNA) [1]
Admiral Faraj al-Mahdawi (pro-HoR)
Komander terkenalKomander Rida Issa (pro-GNU) (dulunya pro-GNA)
Tanda kebesaran
Panji
Ensign

Tentera laut biasanya merupakan cabang ketenteraan terkecil dalam angkatan bersenjata Libya dan bergantung tinggi pada sumber-sumber asing untuk peralatan, alat ganti dan latihan. Kebanyakan armada pada era Gaddafi telah musnah pada tahun 2011. Sejak permulaan Perang Saudara Libya Kedua, Tentera Laut Libya telah bersekutu dengan Government of National Accord (GNA), yang diketuai oleh Presiden Majlis di Tripoli, berasingan daripada kapal-kapal pengawal pantai yang berada di bawah kawalan Tentera Darat Kebangsaan Libya.[2][3]

Kapal-kapal aktif

Berdasarkan kepada International Institute for Strategic Studies, sejumlah kapal-kapal daripada era Gaddafi masih berada dalam kawalan GNU yang berpusat di Tripoli, bagaimanapun keadaannya menjadi tanda tanya.[4]

Kelas Jenis Kapal Asal Jumlah Nota
Frigat
Koni class[5] Frigate Al Hani (212) Soviet Union 1 Flagship of the Libyan Navy. Stationed in Malta for refit since 2013.[4]
Bot peronda
Beir Grassa class Missile boat Shafak (534) France 1 Ex-Beir Alkarim.[5] Possibly unserviceable.[4]
Type PV30-LS[6] Patrol boat Shafak (534) Croatia 2+[4]
Lancang pendaratan
PS 700 class Landing craft Ibn Harissa (134) France 1[7] Capacity: 11 tanks or 240 troops. Refitted in Croatia in 2008.[8]
Kapal bantuan
Floating Dock[8] Floating dry dock 1[7]
Spasilac class[9] Salvage tug Al Munjed Yugoslavia 1 Serviceability doubtful.[7]

Infrastruktur tentera laut

Pangkalan tentera laut semasa perang saudara Libya pada tahun 2011

Kemudahan penyelenggaraan dan pembaikan kapal

Kemudahan di Tripoli dengan juruteknik asing untuk membaiki kapal-kapal dengan berat sehingga 6,000 DWT; sebuah dok terapung angkatan seberat 3,200-tan; dok terapung di Benghazi dan Tobruk.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Libya celebrates 57th anniversary of the foundation of Libyan Navy. Libya Observer. Published 3 November 2019.
  2. ^ Abdullah, Walid; Aytekin, Emre (2019-08-27). "5 migrants die, 65 others rescued off Libyan coast". Anadolu Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-09. Dicapai pada 2019-11-09.
  3. ^ Pack, Jason (2019-05-31). "Kingdom of Militias: Libya's Second War of Post-Qadhafi Succession". ISPI. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-29. Dicapai pada 2019-11-09.
  4. ^ a b c d IISS 2024, m/s. 370.
  5. ^ a b Saunders 2015, m/s. 503.
  6. ^ Saunders 2015, m/s. 505.
  7. ^ a b c IISS 2024, m/s. 371.
  8. ^ a b Saunders 2015, m/s. 504.
  9. ^ "Arms transfer database". SIPRI. Stockholm International Peace Research Institute. Dicapai pada 11 November 2024.
  10. ^ a b c "NATO hits 8 Kadhafi ships". 21 May 2011.
  • Levie, Howard. Mine Warfare at Sea. Dordrecht, NL: Martinus Nijhoff, 1992.
  • War machines encliclopedy, Limited publishing, in Italian version Armi da guerra.
  • Annati Massimo, Al diavolo le mine!, RID magazine, Coop Riviera Ligure, Italy, June 2005.

Bibliografi

Pautan luar

Templat:Military of Libya